
Untuk mendaftar lawati- https://docs.google.com/forms/
atau hubungi 013-9837395 ~ Roslee
011-29410082 ~ Khairul
Terma dan Syarat-Syarat Pertandingan

1. PENGENALAN:
Pertandingan ini adalah satu pertandingan lumba berbasikal bukit (Mountain bike) yang dianjurkan oleh Pangkalan Udara Gong Kedak dan dikelolakan oleh Kelab Berbasikal PUGk iaitu Gong Kedak Cycling Club – GKCC. Pertandingan ini secara rasminya dinamakan RMAF~GKCC 3.0 BUKIT PUTERI MTB CHALLENGE 2018.
Selain dari pertandingan utama iaitu Pertandingan RMAF~GKCC 3.0 BUKIT PUTERI MTB CHALLENGE 2018, satu pertandingan sampingan iaitu King Of Montain - Bukit Puteri (KOM- BP) akan diadakan sehari sebelum acara utama.
2. TARIKH:
Pertandingan utama akan dilangsungkan pada 18 Ogos 2018 dan akan bermula pada jam 0800H dan dijangka berakhir pada jam 1300H, manakala pertandingan sampingan iaitu KOM-BP (King Of Mountain - Bukit Puteri) akan diadakan sehari sebelum acara utama iaitu pada 17 Ogos 2018 jam 1645H.
3. TEMPAT:
Acara Utama akan bermula di Dewan Serbaguna Pangkalan Udara Gong Kedak dan akan melalui jalan2 dan kawasan di sekitar Pangkalan Udara Gong Kedak. Laluan sebenar akan ditentukan oleh AJK pertandingan dan kemungkinan akan berubah dari semasa ke semasa bergantung pada keadaan terkini laluan yang telah di pilih. Peserta boleh memeriksa laluan pertandingan di lama web event di alamat:
https://rosleeawang7395.wixsite.com/gkccevent2018/peta-laluan.
Untuk acara sampingan iaitu KOM-BP akan bermula di kaki Bukit Puteri dan akan mendaki hingga ke penamat di kemuncak Bukit Puteri.
Syarat-syarat pertandingan untuk kedua-dua acara boleh diperiksa di seksyen ‘SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN’ di bawah.
4. PESERTA DAN TERMA PENYERTAAN:
Penyertaan adalah terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang berusia 18 tahun dan ke atas dan juga peserta luar negara. Bagi kategori Remaja, peserta yang berusia bawah dari 17 tahun perlulah mendapat kebenaran dari ibubapa atau penjaga yang sah. Dengan mendaftar sebagai peserta pertandingan ini, maka peserta di bawah umur 17 tahun dianggap telah diberikan kebenaran oleh ibubapa dan penjaga yang sah.
Bagi peserta yang berusia 18 tahun ke atas, dengan mendaftar untuk menyertai pertandingan ini, maka peserta adalah bertanggung jawab di atas keselamatan diri sendiri serta harta benda masing-masing. Pihak penganjur tidak akan bertanggung jawab di atas segala kemalangan, kecederaan, kehilangan jiwa serta kerosakan dan kehilangan harta benda yang diakibatkan oleh segala tindakan dan kelakuan dengan menyertai pertandingan ini.
Namun demikian pihak penganjur akan berusaha dengan segala daya upaya untuk mengambil tindakan mengatasi kemalangan dan merawat kecederaan yang dialami oleh peserta sepanjang menyertai pertandingan ini. Dengan ini pihak penganjur akan menyediakan tanda2 jalan, tanda-tanda amaran bahaya serta petugas-petugas keselamatan dan petugas kesihatan di sepanjang laluan peserta. Pihak penganjur juga akan menyediakan sekurang-kurangnya 2 buah ambulan serta petugas kesihatan disepanjang acara berjalan. Pihak penganjur akan berusaha untuk memberikan pertolongan awal merawat kecederaan ringan dan sekiranya perlu pihak penganjur akan menghantar peserta yang mengalami kecederaan parah ke klinik atau hospital berdekatan. Segala urusan selanjutnya berkaitan kemasukan ke wad, rawatan lanjutan dan bayaran serta bil-bil perubatan adalah menjadi tanggungjawab peserta atau pasukan peserta itu sendiri.
Untuk makluman peserta, bukanlah menjadi tanggungjawab penganjur untuk menyediakan spray dan ubat-ubatan untuk bekalan peserta disepanjang perlumbaan untuk mengelakkan kejang dan sebagainya. Segala ubat-ubatan dan kelengkapan kesihatan adalah menjadi tanggungjawab peserta sendiri namun pihak penganjur akan berusaha untuk membekalkan ubat-ubatan asas untuk pertolongan cemas bagi merawat peserta yang mengalami kecederaan di dalam trek akibat terjatuh atau kemalangan.
5.SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
-
RMAF~GKCC 3.0 BUKIT PUTERI MTB CHALLENGE 2018
- Setiap peserta adalah layak menyertai pertandingan ini setelah mendaftar samada melalui online, secara manual, melalui talipon, applikasi whatsapp atau apa2 cara yang ditentukan oleh pihak penganjur serta tersenarai di dalam senarai nama yang di siarkan oleh pihak penganjur di laman rasmi event di:
https://rosleeawang7395.wixsite.com/gkccevent2018/nama-peserta ataupun merujuk kepada senarai utama peserta sepertimana yang disahkan oleh AJK Pendaftaran sekiranya ada pertikaian dan perbezaan dari senarai di laman web pertandingan.
- Telah menjelaskan bayaran pendaftaran sebanyak RM80.00 (Ringgit Malaysia Lapan Puluh Shj) sebelum tarikh tutup pendaftaran pada 30 Jun 2018 jam 2359H ataupun pada satu tarikh lain yang akan ditentukan oleh pihak penganjur.
- Setiap peserta yang mendaftar adalah layak menerima goodie bag yang mengandungi sehelai jersi pertandingan, nombor plet perlumbaan, nombor untuk cabutan bertuah, medal penamat serta lain-lain cederahati yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
- Tempat pelepasan adalah di Dewan Serbaguna Pangkalan Udara Gong Kedak. Tapak pelepasan akan dibuka pada jam 6 pagi bagi tujuan peserta menyusun basikal masing-masing. Masa pelepasan adalah jam 0800H. Namun begitu masa sebenar pelepasan akan ditentukan oleh pihak penganjur setelah mengambilkira keadaan sebenar di tapak pelepasan pada hari kejadian.
- Peserta hendaklah menamatkan kayuhan sejauh jarak yang telah ditentukan oleh AJK pertandingan dengan melalui setiap tapak pemeriksaan yang telah ditetapkan beserta bukti telah melepasi tapak pemeriksaan tersebut yang akan ditetapkan oleh AJK pertandingan. Jarak dan maklumat berkaitan trek boleh disemak di:
https://rosleeawang7395.wixsite.com/gkccevent2018/peta-laluan
- Kategori yang dipertandingkan adalah seperti jadual di bawah. Setiap peserta bebas memilih kategori yang dipertandingkan mengikut syarat2 yang telah ditetapkan oleh penganjur untuk setiap kategori.
- Pihak penganjur berhak untuk menarik balik hadiah yang dimenangi oleh peserta, sekiranya didapati tidak mengikuti syarat-syarat yang telah ditentukan ataupun sekiranya didapati telah melakukan penipuan semasa pendaftaran ataupun semasa berlumba samada tidak mengikut laluan yang telah ditetapkan, gagal menunjukkaan bukti telah melepasi tapak pemeriksaan ataupun didapati dengan sengaja melakukan aksi merbahaya sehingga mengakibatkan kemalangan dan kecederaan pada penunggang-penunggang lain.
- Untuk pemenang kategori Heavy Weight, berat dan tinggi peserta yang memenangi podium akan ditimbang di tempat penamat untuk menentukan B.M.I sebenar. Ralat sebanyak +-1 dari B.M.I yang telah adalah diambilkira semasa menentukan pemenang kategori.
- Untuk kategori LELAKI ELIT, penyertaan adalah terbuka pada semua peserta tanpa mengira status terdahulu ataupun status semasa peserta tersebut.
- Sekiranya terdapat sebarang pertikaian berkaitan kategori dan syarat2 penyertaan, keputusan pihak penganjur adalah muktamad.
- Peserta adalah bebas menggunakan apa saja jenis basikal melainkan basikal yang menggunakan motor elektrik ataupun selain yang memerlukan kayuhan untuk menggerakkannya.
- Setiap peserta diwajibkan memakai topi keledar yang bersesuaian bagi mengelakkan kecederaan kepala sekiranya berlaku kemalangan. Pihak Penganjur berhak menghalang peserta yang tidak memakai topi keledar keselamatan dari menyertai pertandingan. Peserta amat digalakkan memakai pakaian yang bersesuaian dan memakai kasut yang boleh melindungi kaki.
- Peserta akan disediakan dengan bekalan air minuman disepanjang trek perlumbaan di 2 (dua) tapak yang difikirkan sesuai oleh pihak penganjur.
- Peserta pertama yang sampai ke garisan penamat dan menepati segala syarat yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur dikira sebagai pemenang tempat pertama setiap kategori dan seterusnya. Sekiranya pemenang gagal untuk menunjukkan bukti telah melalui tapak pemerikasaan, penganjur berhak membatalkan kemenangan mereka seterusnya tempat mereka akan digantikan oleh pemenang berikutnya.
- Masa yang diperuntukkan kepada peserta untuk menghabiskan perlumbaan adalah selama 4 (empat) jam. Sehubungan itu, trek perlumbaan akan ditutup pada jam 1200H. Mana-mana peserta yang masih belum melepasi check point akhir di kaki Bukit Puteri selepas jam 1200H akan diiringi oleh marshal dan krew trek ke tempat penamat.
- Mana-mana peserta yang gagal menamatkan perlumbaan atas apa-apa sahaja sebab samada kerosakan basikal dan peralatan, kecederaan dan berbagai masalah teknikal ataupun gagal melepasi masa yang ditetapkan, peserta akan diberikan medal penamat tanpa nombor kedudukan keseluruhan.
- Bagi peserta yang mengalami kerosakan basikal ataupun peralatan adalah amat digalakkan untuk pergi ke check point yang terdekat untuk mendapatkan bantuan marshal dan krew bertugas. Peserta juga boleh menghubungi nombor petugas kecemasan seperti yang dipaparkan pada plet perlumbaan untuk mendapatkan bantuan. Marshal ataupun petugas akan berusaha membantu peserta yang bermasalah seberapa cepat yang boleh bergantung pada tempat kejadian dan jenis kerosakan/kecederaan.
- Setiap pemenang akan layak menerima hadiah wang tunai sepertimana yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur sebagaimana yang telah dipaparkan di dalam jadual hadiah selain hadiah sampingan yang akan ditentukan oleh pihak penganjur. Senarai penuh hadiah kemenangan boleh disemak di: https://rosleeawang7395.wixsite.com/gkccevent2018/hadiah
- Selain hadiah wang tunai, pemenang pertama setiap kategori akan mendapat sehelai jersi pemenang kategori, medal penamat, plaka penghargaan dan lain-lain hadiah sampingan yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
- Acara penutup dan penyampaian hadiah akan diadakan di Dewan Serbaguna Pangkalan Udara Gong Kedak selepas tamat masa perlumbaan. Masa sebenar untuk majlis penutup akan ditentukan oleh AJK Pertandingan bergantung pada keadaan sebenar pada hari kejadian.
- Setiap peserta akan disediakan makan tengahari selepas pelumbaan mengikut menu yang akan ditetapkan oleh pihak penganjur.
- Setiap peserta yang mendaftar adalah layak untuk menyertai acara cabutan bertuah yang akan diadakan serentak pada majlis penutup dengan syarat plet untuk cabutan bertuah telah dipotong di tempat permulaan sebelum pelepasan.
- Sekiranya terdapat apa-apa pertikaian berkaitan syarat-syarat pertandingan yang dinyatakan di dalam seksyen ini, maka keputusan PANEL KHAS AJK PERTANDINGAN adalah diambilkira sebagai keputusan muktamad yang tidak boleh dipertikaikan oleh peserta.
2. KING OF MOUNTAIN - BUKIT PUTERI (KOM-BP)
- Kategori King of Mountain – Bukit Puteri adalah terbuka pada semua peserta yang berminat.
- Pertandingan adalah untuk memilih peserta terpantas mendaki ke puncak bukit puteri yang berkecerunan sebanyak 14⁰ berjarak lebih kurang 1km.
- Jumlah penyertaan adalah terhad kepada 60-100 orang peserta pertama yang mendaftar sahaja kerana faktor masa.
- Pertandingan akan berlangsung paada hari jumaat 17 Ogos 2018 bermula jam 1700H.
- Pendaftaran adalah secara walk-in pada urusetia pendaftaran di tapak pertandingan yang akan dibuka pada jam 1630H di tapak pelepasan di kaki Bukit Puteri. Pendaftaran adalah berdasarkan kepada siapa cepat dia dapat dan setiap penyertaan dikenakan bayaran pendaftaran sebanyak RM10.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Sahaja). Bayaran penyertaan adalah sebagai tanda komitmen pada peserta yang benar-benar ingin menguji kemampuan sebagai King Of Mountain-Bukit Puteri.
- Pertandingan akan dijalankan secara 3 atau 4 saringan awal lepas beramai-ramai merangkumi 20-25 peserta yang diundi secara rambang bagi setiap pelepasan.
- 5 orang peserta terpantas bagi setiap saringan akan layak untuk perlumbaan pendakian akhir yang berjarak 1.5km
- Peserta pertama yang tiba di garisan penamat akan dikira sebagai pemenang King Of Mountain, diikuti oleh peserta seterusnya.
Pemenang akan memenangi hadiah seperti berikut:
-
Tempat pertama
- Wang tunai berjumlah RM300.00
- Plaka khas KOM-BP
2. Tempat kedua
- Wang tunai berjumlah RM200.00
- Plaka khas KOM-BP
3. Tempat ketiga
- Wang tunai berjumlah Rm100.00
- Plaka khas KOM-BP
4. Tempat ke 4 dan kelima
- Saguhati wang tunai RM50.00 setiap seorang
- Plaka khas KOM-BP
5. Tempat ke 6-15
- Plaka khas KOM-BP
- Penyampaian hadiah untuk KOM-BP akan diadakan serentak semasa majlis penutup dan penyampaian hadiah acara utama.
6. HADIAH CABUTAN BERTUAH
- Pihak Penganjur akan berusaha menyediakan pelbagai hadiah untuk cabutan bertuah kepada semua peserta yang mendaftar untuk menyertai pertandingan ini. Hadiah utama untuk cabutan bertuah adalah sebuah motorsikal baru yang harganya akan ditentukan oleh pihak penganjur. Lain-lain hadiah yang akan disediakan oleh pihak penganjur adalah seperti basikal, barangan basikal, barangan letrik, pakaian, voucher penginapan, pakej pelancongan dan berbagai-bagai hadiah yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Maklumat lanjut berkaitan hadiah untuk cabutan bertuah boleh dirujuk di:
https://rosleeawang7395.wixsite.com/gkccevent2018/hadiah
7. PELEPASAN TANGGUNG JAWAB
- Pihak penganjur dengan ini menegaskan, dengan menyertai pertandingan ini peserta adalah bersetuju kepada segala terma dan syarat yang telah diterangkan di setiap perenggan yang disebut di atas. Peserta yang menyertai pertandingan ini adalah sedar akan risiko terdedah pada kecederaan dan kemalangan serta kerosakan harta benda serta kehilangan nyawa. Maka dengan ini peserta bersetuju untuk bertanggung jawab atas segala risiko yang akan dihadapi dan melepaskan segala kebertanggung jawapan pihak penganjur di atas segala kecederaan fizikal dan mental, kerosakan peralatan dan harta benda malah kehilangan nyawa yang mungkin berlaku akibat menyertai pertandingan ini.
8. LAIN-LAIN HAL
- Sekiranya terdapat sebarang percanggahan maklumat dan kekeliruan berhubung terma dan syarat pertandingan yang dinyatakan di setiap perenggan seksyen ini, maka keputusan muktamad adalah terletak di tangan KOMANDER PANGKALAN setelah mendapat nasihat dan pandangan dari PANEL KHAS AJK PERTANDINGAN.
9. PANEL KHAS AJK PERTANDINGAN
- PANEL KHAS AJK PERTANDINGAN mempunyai kuasa mutlak untuk membuat keputusan sekiranya terdapat sebarang kekeliruan yang timbul sepanjang pertandingan ini. Komposisi PANEL KHAS AJK PERTANDINGAN terdiri dari anggota-anggota berikut:
1. Penasihat - Komander Pangkalan
2. Ketua AJK
3. Timbalan Ketua AJK
4. Mana-mana salah seorang AJK yang dipilih
- Sebarang keputusan yang dibuat hendaklah diputuskan oleh sekurang-kurangnya oleh 3 orang ahli panel yang disebutkan di dalam para 8 ini.
