top of page
Lakaran Jersi peserta keluaran i-Sport. Material dari jenis LUMI

Warna asas yang dipilih adalah biru dan kuning yang mana ini adalah warna-warna bendera dan logo TUDM secara khasnya. Warna Biru Tua, Biru Muda dan Kuning adalah warna rasmi bendera TUDM serta banyak digunakan di dalam logo2 yang berkaitan dengan TUDM. Warna ini digunakan sebagai meghargai pucuk pimpinan tertinggi TUDM yang meberi restu pada GKCC untuk terus menganjurkan event ini buat kali ketiga, juga secar tidak langsung dapat memperkenal dan mempromosi TUDM keseluruh pelusuk negara apabila riders memakai jersey ini sewaktu berkayuh basikal.

​

Logo rasmi event diletakkan di tengah bahagian dada adalah untuk menunjukkan pengenalan utama event iaitu RMAF~GKCC BUKIT PUTERI MTB CHALLENGE 3,0. Seterusnya dibawah logo rasmi event di dada kiri diletakkan nombor 180818 bersesuaian dengan tarikh unik yang telah dipilih untuk event ini. Sementara di latar belakang diletakkan logo GKCC yang telah dikaburkan sebagai hiasan latar sebagai menghargai dan memperkenalkan penganjur pada rider2 yang menyertai event nanti.

Penerangan Jersey

Pada Edisi kali ini, semua riders yang mendaftar akan disediakan dengan Jersey pertandingan seperti gambar di atas.

​

Jersi adalah keluaran I-Sport menggunakan material jeni LUMI seperti di tunjukkna di sebelah. Jersey adalah mengikut potongan "RACER CUT" yang mana saiznya lebh kecil dari design CLUB CUT yang biasa digunakan sebagai jersi kelab.

​

Untuk mendapatkan panduan memilih saiz jersey yang betul, peserta boleh merujuk pada jadual yang disediakan olehpihak pengeluar seperti di bawah.

Dibahagian bawah pula diletakkan gambar bukit yang telah dikaburkan sebagai simbolik Bukit Puter yang menjadi tumpuan event ini. Sementara di tepi rusuk kiri dan kanan diletakkan motto terkini TUDM iaitu AIRFORCE NEXT GENERATION bersesuaian dengan halatuju TUDM mengorak langkah ke arah permodenan generasi maju ke abad 21.

​

Di bahu kiri diletakkan logo kecil GKCC sebagai penganjur event dan di bahu kanan pula adalah logo Pangkalan Udara Gong Kedak sebagai tuan rumah yang memberikan sepenuh sokongan demi menjayakan  event ini. Di lilitan lengan kiri dan kanan diwarnai dengan warna asas TUDM sementara di atas bahu kiri dan kanan  diletakkan logo TUDM bersama lakaran pesawat  Sukhoi sebagai petunjuk bahawa Kebanaakan ahli GKCC adalah terdiri dari anggota TUDM dari PUGK yang mengoperasikan pesawat pejuang Sukhoi. 

Penerangan Jersey Depan

Panduan saiz jersi untuk rujukan peserta. 

Contoh Material dari jenis LUMI

design jersi sebenar dari I-sports. 

Rekabentuk medal kejohanan berdasarkan "RADAR INSTALLATION BUILDING" yang terletak di puncak Bukit Puteri yang menjadi tajuk kejohanan kali ini. Medal adalah dari material brass bercetak timbul dan di muka depan dimasukkan gambar 3x pesawawt pejuang Sukhoi Su-30MKM dalam penerbangan formasi 3 buah sedang melakukan lintas hormat serta perkataan :MISSION ACCOMPLISHED" yang digunakan oleh juruterbang untuk menyatakan bahawa misi yang ditugaskan telah dicapai dengan jayanya. Ini adalah sinonim dengan  kejayaan riders menamatkan event dengan jayanya. logo kejohanan beserta lokasi dan tarikh juga terpahat di bahagian bawah muka depan medal. 

​

Di muka belakang pula tercetak logo GKCC sebagai penggerak utama kejohanan ini serta di bahagian bawah tertera ucapan terimakasih dari penganjur serta  doa agar perjalanan pulang peserta setelah menamatkan event berjaya sampai ke destinasi dengan selamat.

​

Terdapat 2 warna untuk medal. Warna emas/gold akan diberikan pada peserta yang melepasi penamat dari tempat pertama hingga 300 peserta. Ini adalah sebagai satu galakan untuk peserta berusaha memerah keringat untuk menamatkan perlumabaan di tempat 300 terbaik dari anggaran 1500 peserta yang dijangka menyertai pertandingan ini. Untuk peserta dari 301 ke atas akan mendapat medal berwarna perak/silver. 

KEMASKINI 11 JUN 18 - JERSI SEBENAR YANG TELAH SIAP
KEMASKINI 11 JUN 18 - MEDAL SEBENAR YANG TELAH SIAP

GKCC - Gong Kedak Cycling Club

d/a Pkln Udara Gong Kedak

22000 Jerteh

Terengganu

LOKASI KAMI
bottom of page