top of page

LOKASI EVENT

Pangkalan Udara Gong Kedak adalah salah satu Pangkalan Tentera Udara DiRaja Malaysia, terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia di dalam Daerah Besut, Terengganu dan bersempadan dengan Daerah Pasir Puteh di dalam Negeri Kelantan. Sering disalah anggap dengan bandar petroleum Kerteh, Pekan Jerteh adalah pekan terdekat dengan Pangkalan Udara Gong Kedak berjarak lebih kurang 6 km.

Kedudukan Pangkalan yang agak ttersembunyi adalah amat sesuai sebagai satu Pangkalan strategik yang menempatkan pesawat pejuang Sukhoi Su-30MKM. Pangkalan yang dikenali sebagai HOME OF FLANKERS ini terletak di kaki Bukit Puteri, dan untuk sampai ke Pangkalan ini, pengunjung perlu melalui Jalan Seberang Jerteh iaitu jalan diantara Pekan Jerteh menuju ke Kuala Besut.

Pekan terdekat  yang terletak berhampiran Pangkalan Udara Gong Kedak adalah Pekan Kuala Besut berjarak 6km, manakala Pusat Pentadbiran Daerah Besut iaitu Kampung Raja berjarak 8km serta Pekan Pasir Puteh terletak  dalam 14km dari pangkalan.

Pekan terdekat  yang terletak berhampiran Pangkalan Udara Gong Kedak adalah Pekan Kuala Besut berjarak 6km, manakala Pusat Pentadbiran Daerah Besut iaitu Kampung Raja berjarak 8km serta Pekan Pasir Puteh terletak  dalam 14km dari pangkalan.

- Bagi pemandu dari Tengah dan Selatan, boleh melalui 2 jalan utama samada melalui jalan Kuala Terengganu - Jabi - Jerteh ataupun boleh memilih jalan pantai yang lebih lancar melalui Kuala Terenganu - Merang - Kampung Raja - Gong Kedak.

 

- Untuk lebih memudahkan perjalanan peserta boleh meneliti Google Maps dengan menaip kata kunci "Pangkalan Udara Gong Kedak".

GKCC - Gong Kedak Cycling Club

d/a Pkln Udara Gong Kedak

22000 Jerteh

Terengganu

LOKASI KAMI
bottom of page